Dibawakan untuk anda oleh Mdamin76.com
Mar
18
2010

7 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Perisian Perakaunan Perniagaan Kecil

Perisian perakaunan perniagaan kecil boleh menjadi cabaran bagi setiap pemilik perniagaan. Namun memilih pakej yang bertepatan merupakan satu keputusan yang penting yang perlu anda lakukan.

Berikut saya senaraikan tujuh perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pembelian bagi membantu anda mencapai matlamat perniagaan anda.

1. Rangkuman

Perniagaan berubah seiring waktu. Oleh itu perisian perakaunan yang anda pilih juga perlu berubah rangkumannya. Beberapa hal yang sering mengalami perubahan adalah jumlah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta bilangan pekerja. Semasa memilih pakej yang sesuai, anda harus memikirkan tentang perubahan atau perkembangan yang bakal dilalui oleh perniagaan anda pada 5 hingga 10 tahun masa yang akan datang. Mungkin lebih baik membayar lebih sedikit sekarang untuk satu perisian yang boleh dinaiktaraf dengan mudah bila anda perlukan dimasa akan datang dan hanya memberi gangguan kos yang minima untuk perniagaan anda.

2. Sokongan Lepas Jualan

Adalah penting bagi setiap perisian mempunyai sokongan yang cukup jika terjadi apa-apa masalah semasa menggunakan perisian tersebut. Kebanyakan syarikat besar memberikan sokongan lepas jualan yang baik tetapi anda juga perlu memikirkan sama ada sokongan tersebut merangkumi daerah anda. Biasanya lebih mudah jika seseorang dari daerah anda sendiri yang datang menyelesaikan sesuatu masalah secara fizikal daripada bantuan melalui telefon. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk bertanya dengan pemilik perniagaan yang lain mengenai perisian perakaunan yang mereka gunakan.

3. Kesesuaian oleh Juru Akaun

Kebiasaannya pengurusan perakaunan tidak diuruskan oleh anda seorang. Anda mungkin menggunakan khidmat Juru Akaun untuk menyempurnakan setiap aspek perakaunan bagi perniagaan anda. Perisian apa yang mereka biasa gunakan? Bolehkah anda menyediakan data dan laporan kepada mereka dengan mudah melalui perisian yang anda langgani tanpa perlu kerja tambahan (yang anda perlu membayarnya)?. Jangan ragu-ragu untuk meminta pendapat mereka mengenai perisian perakaunan yang sesuai untuk perniagaan anda.

4. Nilai Untuk Wang Anda

Pakej yang tepat untuk perniagaan anda juga merupakan pakej yang memberi nilai terbaik. Dapatkan maklumat harga dari kedai berlainan terlebih dahulu untuk suatu perisian yang hampir sama ciri-cirinya. Penjualan melalui laman web seperti Amazon mungkin menawarkan harga lebih baik kerana kuantiti yang mereka pasarkan adalah lebih besar dan luas edarannya. Namun harga hanyalah salah satu bahagian daripada persamaan, maka jika ada penjual tempatan yang menyediakan sokongan atau bantuan pemasangan, ini mungkin jauh lebih berharga.

5. Jenama Yang Dikenali Ramai

Setakat ini terdapat dua pengeluar perisian perakaunan untuk perniagaan kecil yang utama, iaitu QuickBooks dan Peachtree. Microsoft juga dijangka turut memasuki pasaran. Saya sarankan memilih jenama utama agar anda peroleh kemaskini yang lebih sempurna dan syarikat pengeluar sentiasa berada selama anda memerlukan mereka.

6. Kemudahan Penggunaan

Kemudahan penggunaan merupakan hal yang bersifat peribadi tetapi perlu mencuba perisian terlebih dahulu sebelum anda membelinya, jika boleh. Jangan lupa untuk mendapatkan pandangan dari orang yang akan menjadi pengguna utama agar menguji perisian tersebut. Juga pertimbangkan seberapa baik pakej tersebut boleh berinteraksi dengan perisian lain yang anda gunakan. Ini merupakan kelebihan pakej Microsoft apabila mereka berada di pasaran kelak.

7. Ciri-ciri Yang Diperlukan

Sebelum ini saya menyentuh tentang berfikir ke depan iaitu ke mana perniagaan anda akan berada dalam 5 atau 10 tahun yang akan datang. Sebahagian besar pakej perisian perakaunan didapati dalam beberapa versi yang berbeza. Jika anda tidak memerlukan ciri tertentu sekarang dan tidak nampak yang ia bakal diperlukan dimasa akan datang maka tidak perlu dibeli. Perbezaan utama biasanya – jumlah pengguna yang dibenarkan, keupayaan pengurusan inventori dan jumlah laporan yang ada.

Kesimpulannya, amatlah penting memikirkan masa hadapan di saat merancang pembelian perisian perakaunan perniagaan kecil. Anda akan jauh lebih pintar membuat keputusan perniagaan yang bakal menyelamatkan anda dari masalah di masa hadapan.

Mar
18
2010

3 Asas Untuk Memulakan dan Mempertahankan Perniagaan Kecil dan Sederhana

Saya percaya bahawa ada 3 faktor yang mendorong kejayaan usaha kecil.

  1. Mendapatkan modal awal
  2. Mencari pelanggan
  3. Perakaunan, penganggaran dan kawalan penjualan dan pengeluaran

Asas-asas yang membantu anda mencapai kejayaan dalam perniagaan kecil dan sederhana:

1) Mendapatkan Modal Awal

Bekalan modal yang cukup sangat penting kerana terdapat banyak perniagaan yang sepatutnya menguntungkan gagal kerana mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar pekerja dan pembekal. Tetapi apa itu bekalan modal yang cukup? Satu-satunya cara untuk mengetahuinya adalah dengan melakukan penelitian yang menyeluruh tentang potensi pasaran anda dan mendokumentasikan ia secara formal dalam perancangan perniagaan. Saya yakin anda sendiri tahu betapa pentingnya perancangan perniagaan, iaitu sebagai dokumen yang penting untuk meyakinkan pihak bank untuk meluluskan permohonan pinjaman anda.

Terdapat dua cara untuk menyediakan rancangan perniagaan, iaitu.

  1. Menyediakannya sendiri dengan mengubahsuai daripada suatu kaedah rancangan perniagaan yang tersedia, atau
  2. Mengupah seorang profesional untuk melakukannya untuk anda.

Tentunya pilihan yang pertama adalah kaedah yang jauh lebih murah berbanding kaedah yang kedua.

2) Mencari Pelanggan

Mencari pelanggan merupakan tugas yang sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi bagi pemilik perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti akauntan, peguam mahupun tukang membaiki paip. Saya percaya bahawa strategi pemasaran yang berkesan dan tidak melibatkan kos yang tinggi untuk pemilik perniagaan berasaskan perkhidmatan adalah dengan mengedarkan kad perniagaan atau kad nama anda kepada semua kenalan anda.

Penyelidikan saya mendapati beberapa laman web menawarkan kad perniagaan yang telah siap direka dan ianya semakin berkembang dari masa ke semasa. Sesetengah laman web menawarkan penjimatan yang berkesan dengan tawaran harga yang lebih murah. Anda hanya perlu mencari dan mengenalpasti tawaran yang terbaik yang mampu memberi penjimatan untuk anda selain rekaan kad yang menarik.

3) Perakaunan Untuk Pembiayaan dan Pengendalian Pendapatan dan Perbelanjaan

Perakaunan yang tepat sangat penting bagi pemilik perniagaan kecil dan sederhana. Ianya sangat penting dalam menentukan kestabilan perniagaan anda. Jika bekalan bahan mentah atau stok hampir habis, penting untuk anda mengetahuinya. Begitu juga dengan penghutang-penghutang yang belum melangsaikan hutang mereka pada anda. Tindakan awal sangat penting bagi memastikan bahawa anda tidak akan kekeringan modal pusingan serta mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji pekerja-pekerja anda. Lebih buruk lagi seandainya pekerja anda sendiri bertindak nekad untuk mencuri wang tunai dari kaunter.

Saya sarankan agar anda dapatkan perisian perakaunan yang sesuai untuk perniagaan anda. Ia akan membantu mempermudahkan pengurusan perakaunan anda.

Mudah-mudahan 3 asas yang tersebut di atas dapat membantu perniagaan anda. Terima kasih.

  • Senarai Tag

  • Kawan-kawan : Free Ringtones for Verizon | Free Ringtones for Sprint | Free Ringtones